…BlogOfZ…

Aku Mengaku Betul….Aku Sebenarnya Tidak !!

July 4, 2008 · No Comments

Kalau dalam iklan Celcom, seorang lelaki sanggup keluar dengan beruk dan seorang ayah sanggup mengecat rumah bewarna biru, di arena politik pula masing2 tampil dengan perakuan bersumpah dan laporan polis.

  • RPK dengan perakuan bersumpah menyatakan Datin Seri Rosmah (DSR) antara yang terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya, DSR menafikannya, buat kenyataan kepada Polis, tetapi tak mahu mengambil tindakan terhadap RPK
  • Laporan polis dibuat berhubung dakwaan liwat DSAI terhadap Saiful, seperti biasa DSAI menafikan
  • DSAI membuat laporan salahguna kuasa oleh IGP dan AG
  • PI Razak Baginda membuat perakuan bersumpah tentang hubungan Datuk Seri Najib (DSN) dan Altantuya, kononnya pernah ada sexual relationship dan Altantuya meminta USD500k sebagai komisyen pembelian kapal selam.
  • Terkini, PI tuh tarik balik paragraph mengenai sexual relationship tuh.

Nih aper citer nih…mula2 dakwa macam2 skali bleh plak main tarik2. Sama laa DSN pun, mula2 arituh cam menafikan pernah berjumpa Saiful tuh. Aleh2 smalam dalam press conference kata pernah jumpa di pejabat TPM, malah di kediamannya juga. Senang rupanya nak jumpa DSN nih.

Aku harap pihak berkuasa akan menyiasat perkara2 nih habis2an. Siasat juga segala dakwaan yang ditarik balik kerana itu semua bahan bukti. Jangan nanti bila tiba masa perbicaraan, macam2 perkara yang tak relevan. Macam2 bukti terpaksa diketepikan. Last sekali, kes gugur begitu sahaja. Kalau itu berlaku, rakyat akan terus berspekulasi dan menjadi hakim persendirian yang kedai2 kopi. Media arus perdana terus berpihak kepada kerajaan, manakala media alternatif terus menusukkan jarum2 atas dasar keadilan.

BlogOfZ : Semoga rakyat terus mendapat berita uang tepat dan benar

→ No CommentsCategories: I say · Politik
Tagged: , ,

Kerja IT: Balik Lambat

June 30, 2008 · No Comments

Aku selalu dengar kawan2 aku yang dalam IT nih mengeluh pasal kerja. Stayback late lah, tight dateline lah, tak cukup resources lah. Disebabkan aku juga dalam bidang yang sama, aku jadi lali dengan keluhan camtuh. Tapi, tak bermakna aku redha dengan semua tuh. Dulu memang aku involve dalam projek2 IT nih. Biasa lah kerja dengan SI. Sedikit sebanyak kehidupan terganggu gak laaa dengan timeline yang nak kena kejar. Alhamdulillah, sekarang nih aku dok handle produk. Tak la se’tension’ dulu.

Bagi aku, kalau projek tuh di’plan’ betul2, kurang la staff IT yang mengeluh, terutamanya programmer atau nama yg lebih enak, Software Engineer. Moral nya, project management kena effective la. Biasa nya, impact paling hebat pada programmer nih la. Maksud aku workload tuh akan terbeban pada programmer. Mungkin staff lain tensen gak, tapi it’s all depend pada programmer yg kena finish up all the coding.

Kenapa aku cakap project management penting…sebab golongan nih la yang decide nak bawak masuk project dan promise everything. For them everything is possible. They even say everything is possible with programming. What the @#&% !!

Tuh kalau baru nak dapat projek..kira baru nak pasang cable la nih. Dah dapat projek, client lah segala2nya. Nak itu, nak ini…angguk angguk, tak geleng geleng. Kalau bug from coding kita paham2 lah. Memang programmer patut fix. Nih yang nak tokok-tambah sana sini tuh cemana pulak status nyer. Sebab tuh aku kata kalau requirement capture tuh effective, maka kurang lah masalah di kemudian hari.

Wahai sales people, think before you decide on anything. What about the resources ? Please think of the time, man power and project complexity. Tolong lah dapatkan user requirement yang betul2 firm and solid. Diskus lah betul2 dengan client.

Wahai client2, please pay attention during requirement capture. Tolong lah define the boundary untuk projek tuh. Jangan nanti…tokok sini, tambah sana…last2, vendor juga yang disalahkan. Wahai client, jangan lah masuk meeting sebagai customer yang tak tahu apa2. Janganlah dilihat seolah2 jahil dalam IT walaupun berstatus senior IT executive.

→ No CommentsCategories: I say · career
Tagged: , ,

Liwat Lagi Ker ??

June 30, 2008 · No Comments

Huh !!! Apa nak jadi dengan politik Malaysia nih ?? Sebelum ini, pengakuan bersumpah RPK (rujuk Malaysia Today) yang mengatakan Datin Seri Rosmah terlibat secara langsung dalam kes pengeboman Altantuya. Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kembali dituduh meliwat. Kali ini, mangsanya ialah pembantu beliau sendiri, Mohd Saiful Bukhari. Sebelum apa2, aku bukanlah supporter DSAI, eventhough I admire him once. Aku juga bukan nak katakan yang beliau bersalah atau tidak, itu antara Allah, DSAI dan Saiful sendiri.

Walau apapun, DSAI dan penyokongnya akan terus menafikan tuduhan itu. Lihat saja apa yang telah berlaku 10 tahun lalu. Bagi penyokong DSAI, mahupun yang berkepentingan dalam arena politik, tuduhan ini direka untuk melumpuhkan kemaraan politik DSAI yang nampaknya semakin memuncak semenjak Tsunami PRU baru2 ini. Kewujudan gambar Saiful bersama rakannya di Pejabat TPM, Putrajaya lebih meyakinkan para penyokong DSAI. Malah dikatakan tuduhan itu untuk menutup dakwaan RPK terhadap Rosmah.

BERNAMA melaporkan kemungkinan Datin Seri Wan Azizah (DSWA) akan mendapatkan suaka politik untuk suaminya, yang buat masa ini dikatakan bersembunyi di kedutaan Turki. Pelarian politik ke DSAI nih ?? Baru sahaja tuduhan dibuat !! Hingga hari ini, para penyokong DSAI akan tetap tidak mengiktiraf siasatan pihak polis dan keputusan mahkamah. DSWA sendiri semalam menyatakan yang dia tidak mempercayai sistem kehakiman Malaysia. Aku tidak fikir itu patut berlaku.

Walau apapun, kita mesti berpegang kepada undang2 negara kita. Undang2 tidak berat sebelah, yang berat sebelah adalah yang melaksanakan undang2 itu. Jika pun dikatakan berat sebelah, lakukannya dengan lebih telus dan terbuka. Pastikan proses penyiasatan/penghakiman itu kelak transparen kepada para penyokong DSAI sendiri, mungkin dengan pengelibatan beberapa orang dari PKR sebagai ahli. Tidak mustahil semua ini boleh dilakukan. Inilah salah satu perkara yang aku tak paham. Contohnya, kalau pembangkang asyik katakan SPR berat sebelah, kenapa tidak ambil wakil setiap parti politik sebagai ahli SPR, atau sekurang2nya pemerhati. Begitu juga dengan masalah siasatan kes DSAI ini.

Aku maklum, segalanya mungkin dalam politik, dan aku bukanlah seorang yang terlalu masak dengan asam-garam berpolitik. Aku juga tidak menafikan tidak mustahil untuk mengadakan bahan bukti. Jika tuduhan ini satu fitnah, ianya pasti dirancang dengan sangat teliti, beyond reasonable doubt. Pun begitu, DSAI jika benar tidak melakukannya tidak perlu terus berlindung. Jika dalam situasi 1998, beliau boleh mencetuskan reformasi dengan penafiannya, kenapa kali ini beliau mahu mengelakkan diri. DSWA terutamanya tidak perlu hingga mendapatkan suaka politik, sebaliknya pastikan siasatan dilakukan dengan terbuka.

Sebagai pencinta kedamaian politik, aku cuma berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci, dan seterusnya jika memungkinkan perbicaraan, jalankan prosiding itu dengan telus. Aku risau kes ini berakhir dengan penarikan tuduhan mahupun ditutup dek kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Jika itu berlaku, siasatan perlu dilakukan terhadap Saiful sendiri. Kemungkinan tuduhan ini dicipta sebagai motif politik juga tidak boleh diketepikan. Wallahualam…

→ No CommentsCategories: I say · Politik
Tagged: ,

Perkemaskan Urusan Syariah

June 19, 2008 · 1 Comment

Susulan pengharaman Peraduan SMS Celcom 100 Hari 100 Kereta oleh JAKIM baru-baru ini, aku fikir perlu adanya mekanisma yang dapat membantu kelancaran aktiviti-aktiviti sedemikian. Bila bercakap dari aspek syariah, ini bukan lah pertama kali pakar agama meragui pelaksanaannya. Seingat aku, dulu pernah dikatakan peraduan secara SMS adalah haram, malah pernah juga program Jom Heboh diragui pelaksanaannya. Bukankah molek jika isu ini dapat dilihat dari awal, sebelum dimulakan ?

Pertamanya, perlu adanya satu organisasi di peringkat pusat yang memantau perlaksanaan sesuatu aktiviti, terutamanya yang melibatkat masyarakat Islam. Setidak-tidaknya, JAKIM sendiri perlu diberi lebih peranan untuk meluluskan sesuatu aktiti yang bakal dijalankan. Dalam kata lain, sebelum dilaksanakan pihak penganjur perlu merujuk badan ini supaya ianya dilaksanakan berlandaskan syariah. Bagi yang tidak melibatkan masyarakat Islam secara khusus, badan ini akan memantau supaya program yang bakal dilaksanakan sesuai dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Disamping itu, jawatan penasihat syariah juga wajar diwujudkan oleh penganjur. Penasihat ini akan berperanan memberi khidmat nasihat pada perlaksanaan program supaya ianya tidak menyimpang. Jika sekiranya pihak Celcom, umpamanya, berbuat demikian sebelum peraduan seumpama itu dilancarkan, sudah pasti ianya tidak menjadi isu umum. Sudah tentu reputasi syarikat akan turut terbela.

Dengan inisiatif sedemikian, rasanya banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan. Maka, tidak lah akan kedengaran lulusan bidang pengajian Islam sukar mendapat pekerjaan. Sekurang-kurangnya kewujudan mereka dalam merancang program, dapat membantu melicinkan operasi syarikat.

Cuma seperkara yang agak membimbangkan apabila urusan sebegini dipolitikkan sebagaimana lumrahnya berlaku. Apabila wujudnya percanggahan sebegini, aku khuatir akan wujud pergeseran di kalangan ilmuan Islam itu sendiri.

→ 1 CommentCategories: I say
Tagged: , ,

Bonus Vs Recession

June 15, 2008 · No Comments

Last week dalam kegawatan ekonomi nih, I received my increment for this year. It’s 5.5% from my last drawn salary. I’m not sure whether I’m paid well or underpaid. Definitely, It’s not overpaid lah. My friends got lower than that for only 3%. He earn more than me, lorr. The company claims that they pay competitively while also differentiating pay based on individual performance. And, the pay decision is made based on comparisons to the market, individual performance and available funding. I think why I deserved for the increment is the fact that I’m the subject-matter-expert for the product that I’m working on. I have been working alone for at least 2 releases. Also, my previous salary scale is lower than market value, as reported by Jobstreet.

Look at what Jobstreet.com say about my monthly pay
“You are earning higher than 50% of people in this group, However, 25% of the people in this group earn more than you”

You are earning higher than 50% of people in this group, However, 25% of the people in this group earn more than you

That’s inclusive of the 13th month pay, which mean I deserve to get few hundreds more if what they reported is precise.

The increment is like my birthday present to me. On my first year with the company (before merger) I only got less than hundred, while the following year I got quite higher as part of promotion to other band. Even though I wish that I can get more, alhamdulillah…at least that can cover the recent petrol price hike. Seriously, that can just cover the different of my spending on petrol every month. With other price hike, that will mean nothing. I’m pretty sure I’ll have to spend more with current economic climate. That 5.5% increment will just ‘celah-celah gigi’ only. Luckily, the company also pay for part of my housing loan interest. That will be few hundred more.

Some more, my wife keep on saying that she wants to resign. Pity her can’t stand with her office politics. I’d agree her to resign as I think that’s the best for her and our family. It’s just that with the current economic scenario, more or less will impact our financial. Anyway, I believe the ‘rezeki’ is everywhere. It’s not the only company that can pay her.

→ No CommentsCategories: I say · career
Tagged: , ,